KURSUS ANGGOTA MAJLIS (AHLI MAJLIS) MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS
Hari Pertama
15 Februari 2023
Park Avenue Hotel, Sungai Petani, Kedah
Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia telah mengadakan Kursus Anggota Majlis (Ahli Majlis) MPKangar kepada 24 orang Ahli Majlis lantikan baru bagi penggal tahun 2023/2024. Kursus ini diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di Park Avenue Hotel, Sungai Petani, Kedah.
Pengakuan Menerima Jawatan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis Bagi Penggal Tahun 2023/2024
Pengakuan Menerima Jawatan sebagai Ahli Majlis 2023/2024 oleh Encik Saifol Zairy Bin Abdul Rahim yang telah diadakan di hadapan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar, Tuan Norazlan Bin Yahaya. Turut hadir ialah Tuan Raziff Bin Yaacob, Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar.
Majlis Penghargaan kepada 21 orang Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis yang telah tamat perkhidmatan pada 31 Januari 2023.
Majlis ini telah diadakan di Hotel Putra Regency, Kangar. Sijil penghargaan dan cenderahati kenang-kenangan kepada semua Ahli Majlis yang tamat perkhidmatan telah disampaikan oleh Tuan Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua, MPKangar. Hadir bersama di majlis ini ialah Tuan Raziff Bin Yaakob, Setiausaha MPKangar.
Program Gotong Royong Muhibbah telah diadakan di kawasan sekitar Laman Brasmana Kuala Perlis
Tarikh : 08 Februari 2023
Masa : 3.30 petang
Tempat berkumpul: Taman Permainan Laman Brasmana
Program ini dihadiri oleh 20 orang kakitangan MPKangar yang diketuai oleh Pejabat Cawangan Kuala Perlis, Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan, Jabatan Landskap dan Jabatan Korporat dan Sumber Manusia.
KURSUS PENGGUNAAN mySMS KEPADA KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS
Majlis Perbandaran Kangar, Perlis telah menganjurkan Kursus Penggunaan mySMS kepada kakitangan Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.
Kursus ini telah diadakan di Dewan Mesra, Majlis Perbandaran Kangar dan dihadiri oleh 20 orang kakitangan MPKangar yang melibatkan semua jabatan dalaman.
Sesi perkongsian secara atas talian ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Dzikri bin Dzulfakar daripada Dapat Vista (M) Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Pertama Digital Berhad.
Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis Bagi Penggal Tahun 2023/2024
Majlis telah diadakan di Dewan Mesra, Majlis Perbandaran Kangar pada jam 3.00 petang dengan disaksikan oleh YAB Tuan Mohd Shukri Bin Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Fakhrul Anwar Bin Ismail, Exco Kerajaan Tempatan, Encik Norazlan Bin Yahaya, Yang Dipertua MPKangar, Encik Hasbullah Bin Abd Rashid, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan, Encik Raziff Bin Yaacob, Setiausaha MPKangar serta Puan Zahirah Binti Azman, Pegawai Undang-Undang MPKangar.
Operasi Pembudayaan Kebersihan oleh Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Kangar di premis-premis makanan.
Operasi ini dijalankan bagi memantapkan promosi amalan cara hidup sihat dan bersih di kalangan peniaga-peniaga makanan di Negeri Perlis.
Tarikh : 16 Januari 2023 hingga 19 Januari 2023
Tempat : Sekitar kawasan Bandar Kangar
#PerlisBersihSihat
#PerlisBersihIndah
#SayangiMalaysiaku
#MPKDihatiRakyat
Operasi Laluan oleh anggota penguatkuasa Pejabat Cawangan Padang Besar, Majlis Perbandaran Kangar di kawasan siarkaki awam.
Objektif operasi ini dijalankan bagi memastikan tiada halangan di kawasan siarkaki, sekaligus dapat mengembalikan fungsi siarkaki yang di peruntukkan untuk kegunaan orang awam
Tarikh : 19 Januari 2023
Tempat : Sekitar kawasan Arked Niaga Padang Besar
#PerlisBersihSihat
#PerlisBersihIndah
#SayangiMalaysiaku
#MPKDihatiRakyat
TAHNIAH MPKANGAR
Diatas pengangugerahan Special Recognition President Award Kategori Community Based Planning Award untuk Kg Warna Warni Projek Diraja Program Transformasi Kg Nelayan Seberang Ramai Kuala Perlis.
Majlis berprestij ini telah disampaikan oleh Raja Dihilir Perak ,DYAM Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Iskandar A'fifullah Shah.