Tarikh:10 Jun 2026

Authored by

mpkadmin

Category

Rekreasi

Share Link

Image
Hoho

 

Pusing Perlis Cara Moden! Nikmati angin segar dari tingkat atas Bas HOHO Dua Tingkat pertama di Perlis. Jom bawa keluarga teroka 10 lokasi ikonik Perliss hujung minggu ini dengan harga yang sangat berbaloi!"

Bas Hop-On Hop-Off (HOHO Bus) Perlis merupakan perkhidmatan bas pelancongan dua tingkat ikonik yang mula beroperasi secara rasmi pada 5 Julai 2025. Bas ini menyediakan kemudahan untuk pelancong meneroka tempat-tempat menarik di sekitar bandar Kangar dan Kuala Perlis dengan cara yang santai dan murah.

Info Operasi & Tambang

  • Hari Operasi: Sabtu dan Ahad sahaja. Waktu Operasi: 9:00 pagi hingga 8:00 malam.
  • Kekerapan: Bas bergerak setiap 2 jam.
  • Masa Perjalanan: Sekitar 1 jam 30 minit hingga 1 jam 45 minit bagi satu pusingan lengkap.
  • Harga Tiket: Tambang promosi bermula serendah RM3. Lokasi Mula: Terminal Perlis Sentral.