Tarikh:12 Apr 2026

Authored by

mpkadmin

Category

Berita

Share Link

MPKANGAR dengan kerjasama Bustana Kucing dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah melaksanakan operasi menyelamatkan kucing di kawasan Pasar Simpang Empat dan Medan Selera Simpang Empat.

Hasil daripada operasi tersebut, sebanyak 37 ekor kucing berjaya diselamatkan dan telah dihantar ke Bustana Kucing Sungai Batu Pahat untuk penjagaan lanjut.

Tugas MPKANGAR bukan sekadar menguatkuasakan undang-undang, malah turut memastikan keselamatan dan kesejahteraan awam dalam pelbagai aspek.

kucing