Kandungan

Tarikh : 29 Jun 2026 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Kraftangan

 

Program Perlis Mendengar Rintihan Rakyat DUN KAYANG telah berlangsung dengan jayanya. Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Perlis dalam mendekati rakyat secara langsung melalui penglibatan agensi-agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, badan-badan berkanun serta pihak berkuasa tempatan.

Penglibatan daripada masyarakat setempat khasnya dari DUN KAYANG amat memberangsangkan. Semua isu setempat yang diketengahkan telah mendapat respon tuntas dari semua agensi terlibat

Program ini turut menjadi platform komunikasi dua hala yang memberi ruang kepada masyarakat setempat untuk menyuarakan pandangan, di samping membolehkan pihak kerajaan meneliti isu serta mencari penyelesaian secara bersama demi kesejahteraan masyarakat.

Inisiatif ini akan diperluaskan dan dilaksanakan di semua DUN di Negeri Perlis bagi memastikan suara rakyat terus didengari serta tindakan yang sewajarnya dapat diambil.

 

#MPKLEADS
#perliscentric
#perlisno1
#perlispintar