Kandungan

Tarikh : 21 Julai 2026 (Selasa)
Masa : 11.00 pagi
Tempat: Dewan FELCRA Lubuk Sireh, Kaki Bukit, Perlis

Program Perlis Mendengar Rintihan Rakyat DUN TiTi Tinggi telah berlangsung dengan jayanya.

Terima kasih kepada warga Titi Tinggi yang tampil dengan penuh santun dan sangat berobjektif.

Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Perlis dalam mendekati rakyat secara langsung melalui penglibatan agensi-agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, badan-badan berkanun serta pihak berkuasa tempatan.

YAB Menteri Besar Perlis hadir sendiri bersama YB ADUN Titi Tinggi untuk mendengar dan menyelesaikan semua perkara yang berbangkit.

Penglibatan daripada masyarakat setempat khasnya dari DUN Titi Tinggi amat memberangsangkan. Semua isu setempat yang diketengahkan telah mendapat respon tuntas dari semua agensi terlibat

Program ini turut menjadi platform komunikasi dua hala yang memberi ruang kepada masyarakat setempat untuk menyuarakan pandangan, di samping membolehkan pihak kerajaan meneliti isu serta mencari penyelesaian secara bersama demi kesejahteraan masyarakat.

Inisiatif ini akan diperluaskan dan dilaksanakan di semua DUN di Negeri Perlis bagi memastikan suara rakyat terus didengari serta tindakan yang sewajarnya dapat diambil.

#MPKLEADS
#perliscentric
#perlispintar
#perlisno1