Kandungan

Riau, Indonesia – Majlis Gala Dinner Green Cities Mayors Council (GCMC) IMT-GT 2026 diserikan dengan kehadiran YAB Tuan Abu Bakar Bin Hamzah, Menteri Besar Perlis bersama delegasi Majlis Perbandaran Negeri Perlis.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni itu menampilkan persembahan kebudayaan dan warisan dari Indonesia, Malaysia dan Thailand, sekali gus mencerminkan kekayaan budaya serta identiti unik setiap negara anggota.

Persembahan tersebut bukan sahaja menjadi hiburan kepada para tetamu, malah melambangkan semangat perpaduan, persahabatan dan kerjasama erat yang terus diperkukuhkan melalui platform IMT-GT.

Majlis ini juga sekaligus menjadi medan mengeratkan hubungan diplomatik bersama Indonesia,Malaysia dan Thailand

#MPKLEADS
#perliscentric
#perlispintar
#perlisno.1