Kandungan

Operasi pemeriksaan dan pemantauan pematuhan kempen pembudayaan kebersihan dan peningkatan standard perkhidmatan perniagaan makanan Negeri Perlis oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan MPKPs.

Tarikh : 15.06.2022
Lokasi : Medan Selera Repoh.

Peringatan Mesra kepada semua peniaga / pemilik premis kedai / gerai makanan / minuman dalam kawasan Majlis Perbandaran Kangar :

Penguatkuasaan pematuhan Garis Panduan Umum Mengenai Standard Perkhidmatan dan Premis Kedai / Gerai Perniagaan Makanan Dalam Kawasan Majlis Perbandaran Kangar akan bermula pada 01 Julai 2022. Semua yang berkenaan diminta mematuhi garis panduan tersebut sepenuhnya.

#OperasiPemeriksaan2022
#JabatanKesihatanPersekitaran
#MPKangar