Tarikh:14 Apr 2026

Authored by

mpkadmin

Category

Berita

Share Link

Pada 22 Mei 2026 | Jumaat MPKangar telah menerima kunjungan daripada Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT yang sedang membangunkan Projek Pembangunan Sistem OSC Pelesenan PBT sebagai inisiatif transformasi digital kerajaan.

Inisiatif ini dibangunkan agar dapat memperkasakan ekosistem penyampaian perkhidmatan pelesenan yang lebih cekap, telus dan bersepadu melalui platform berpusat yang bersifat “Real-Time”, “Transparent dan End-to-End” untuk digunapakai oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia.

MPKangar merupakan salah satu (1) daripada sembilan (9) PBT rintis yang terpilih bagi fasa awal pelaksanaan sistem tersebut.

#MPKLEADS
#perliscentric
#perlisno1
#perlispintar

kpkt