Photo
Kandungan
Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis atas kesudian meluangkan masa menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Amanat Bersama Warga Kerja MPKangar.
Penghargaan dan ucapan terima kasih turut dizahirkan kepada Yang Berhormat Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis serta Yang Berhormat Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan atas kesudian hadir bersama-sama memeriahkan majlis ini.
Kehadiran Yang Amat Berhormat dan Yang Berhormat mencerminkan keprihatinan dan komitmen Kerajaan Negeri terhadap warga kerja MPKangar serta pembangunan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Perlis.
Dalam Majlis ini YAB Menteri Besar telah mengumumkan dua pekara penting iaitu:-
1. Pengurangan diskaun sewa sebanyak 50% kepada penyewa premis milik MPKangar bagi bulan Ogos 2026 dan September 2026 sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia
2. Pemendekan tempoh kelulusan OSC Plus daripada 80 hari ke 22 hari sahaja
Kehadiran dan sokongan yang diberikan amat bermakna dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan MPKangar demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkualiti dan berkesan kepada rakyat.
Photo

