Photo
Kandungan
Tarikh : 16/7/2026
Masa : 12.30 Tengah Hari
Tempat : Dewan Mesra, MPKangar
MPKangar hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi Yayasan ANGKASA bagi berbincang serta
membentangkan cadangan pelaksanaan Program Semarak Perpaduan 2026: Santuni Komuniti Pelajar Tajaan Yayasan ANGKASA Bersama Keluarga Angkat Komuniti dan Larian Kebudayaan Orang Utara 2026.
Sesi perbincangan ini bertujuan mewujudkan jalinan kerjasama strategik bagi menjayakan program yang berteraskan pembangunan modal insan, pendidikan, perpaduan serta pemeliharaan warisan budaya.
Antara agenda utama yang dibentangkan ialah pelaksanaan Program Inspirasi Pelajar Tajaan Yayasan ANGKASA Bersama Keluarga Angkat Komuniti dan Karnival Perpaduan, di samping Larian Kebudayaan Orang Utara 2026 yang dijadualkan berlangsung di sekitar negeri Perlis.
Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua pihak dalam merealisasikan program-program yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya golongan pelajar, serta menyemarakkan semangat perpaduan dan keharmonian
dalam komuniti.
Photo

