GENTING HIGHLANDS, 10 Ogos 2026 – Majlis Perbandaran Perlis (MPPs) telah menerima pengiktirafan Public Service Excellence Recognition sempena WMAM Awards 2026.
Pengiktirafan ini diberikan terhadap komitmen, sumbangan, inovasi serta pencapaian cemerlang MPPs dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam, khususnya dalam aspek pengurusan sisa pepejal dan kelestarian bandar.
Pencapaian ini memberi aspirasi kepada MPPs untuk memastikan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti, responsif, efisien dan berdaya saing, di samping memperkukuh usaha ke arah pembangunan bandar yang bersih, lestari dan sejahtera.
WMAM Awards 2026 turut menyaksikan sebanyak 24 daripada 156 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada seluruh Malaysia menerima pengiktirafan atas pencapaian dan kecemerlangan masing-masing dalam memperkasakan pengurusan serta penyampaian perkhidmatan
MPPs merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Waste Management Association of Malaysia (WMAM) atas pengiktirafan yang diberikan. Penghargaan ini akan terus menjadi pendorong dan pemangkin kepada MPNPs untuk mengekalkan momentum kecemerlangan serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan Negeri Perlis.

