Tarikh:14 Sep 2026

Authored by

mpkadmin

Category

Berita

Share Link

Pada 12 September 2026, kira-kira jam 3.30 petang, telah berlaku satu kejadian pokok tumbang di Taman Sena Indah, Kangar yang telah menghempap dan melibatkan dua buah kenderaan persendirian, iaitu Perodua Alza dan Perodua Ativa.

Kejadian dipercayai berlaku susulan keadaan cuaca dan faktor alam sekitar, termasuk keadaan cuaca yang tidak menentu, yang menyebabkan pokok mengalami kegagalan struktur dan tumbang secara tiba-tiba. Kejadian ini boleh dikategorikan sebagai bencana alam

Sejurus menerima maklumat berhubung kejadian, Majlis Perbandaran Perlis (MPPs) telah mengambil tindakan segera ke lokasi dan menjalankan kerja-kerja cantasan serta pembersihan pokok tumbang tersebut.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Walau bagaimanapun, kejadian telah menyebabkan kerosakan kepada dua buah kenderaan yang terlibat, Majlis Perbandaran Perlis akan bertanggungjawab dalam urusan ganti rugi yang ditanggung oleh mangsa. Pokok-pokok di bawah seliaan Majlis Perbandaran Perlis adalah diinsuranskan, bagi perlindungan untuk kejadian seperti ini terutamanya kejadian yang disebabkan bencana alam.

Insiden Pokok Tumbang Di Taman Sena Indah